Wednesday, 22 October 2014

Penyakit "Degenerative" - Slipped Disc

Hampa semua pernah dengaq x pasai penyakit "Degenerative" ? Sapa tau angkat tangan ! Ceq mau usya anak sapa yang terer tu. X ramai yang tau, kalo  hang pi tanya doktor kompom la dia tau.. Ni ceq nak habaq pasai orang2 kebanyakkan nih. Tiap2 tahun dok hingak dalam surat kabak , media2 massa crita pasai penyakit spesis ni yang semakin menjadi-jadi la ni ! Hampa tak takut kaaa ??

Lagu mana hampa nak takut, kalo hampa lom taw lagi pasai apa benda penyakit "degenerative" nih. Betoi tak? Ok la, la ni meh  cek crita serba sdikit pasai penyakit nih. Penyakit"degenerative" merupakan penyakit yang terjadi akibat daripada kerosakkan sel-sel, organ dan tisu yang tidak diperbaharui dan diperbaiki. Terdapat 21 jenis penyakit "Degenerative" yang mahu saya kongsikan bersama anda semua. Antaranya adalah, "Slipped Disc" atau dalam bahasa kita, dikenali sebagai penyakit kegelinciran cakera tulang belakang. Hamboiiiihhhh... Tetiba cek tukaq loghat noh... Biasalaaa, sat nanti cek pi tibai semua cakap utara nanti, ada yang tak berapa nak paham.. Kita campok campok la noh... Sat cakap utara sat cakap keyel.. Baru mesra boria. Betoi ?!

Aku, pernah kena "slipped disc" ni dulu. Ceritanya bermula selepas tragedi. Kemalangan jalan raya pada tanggal 17 Disember 2004. Seminggu sebelum Acheh dilanda tragedi, sebuah tragedi Disember melanda diri aku dulu.. Bantai belakang lori 2 tan kat susur keluar Lebuh Raya Seremban-KL.

No comments:

Post a Comment